Pecutan terakhir kempen, calon PH tumpu kumpulan kecil pengundi

Sock Tao diiringi Wan Azizah ketika berkempen di pekan Kuala Kubu Baharu pada Khamis.
Sock Tao diiringi Wan Azizah ketika berkempen di pekan Kuala Kubu Baharu pada Khamis.
A
A
A

HULU SELANGOR - Berbaki kurang 48 jam sebelum tempoh kempen tamat, calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao mengakui telah masuk ke hampir semua kawasan pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Menurut Sock Tao, tumpuannya kini adalah untuk bertemu kumpulan kecil pengundi yang belum sempat ditemui.

"Penerimaan pengundi semakin baik dan saya menyeru kepada semua pihak untuk beri peluang calon muda dan wanita ini berkhidmat di Kuala Kubu Baharu.

"Saya tidak rasa ada kawasan yang belum masuk kerana saya dan pasukan kempen telah bekerja keras sejak dari awal lagi dan kita harap kemenangan berpihak kepada kita (PH)," katanya ketika program jelajah mesra di pekan Kuala Kubu Baharu di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Sock Tao berkata, pengundi perlu memberi peluang kepada dirinya untuk membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Ujar calon muda berusia 31 tahun itu, beliau juga akan berkhidmat kepada penduduk di Kuala Kubu Baharu tanpa mengira agama, kaum dan usia.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!