Petani teruja hujan turun di New South Wales

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang petani tidak dapat menahan keseronokan dirinya apabila hujan lebat mula membasahi kawasan ladangnya. - Foto Reddit
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang petani tidak dapat menahan keseronokan dirinya apabila hujan lebat mula membasahi kawasan ladangnya. - Foto Reddit
A
A
A

NEW SOUTH WALES – Seorang petani tidak dapat menahan keterujaan selepas hujan lebat mula membasahi kawasan pertaniannya.

Video gelagat petani tersebut telah dimuat naik di media sosial yang memaparkan keseronokan lelaki tersebut ketika hujan turun di ladangnya di sini, setelah beberapa bulan mengalami kemarau, lapor Daily Mail menurut sumber.

Menerusi video berkenaan, petani tersebut turut membuka topinya dan menjerit kegembiraan apabila hujan membasahi ladangnya yang kering sebelum ini.

Dalam pada itu, dia juga menunjukkan seolah-olah haiwan ternakannya juga sedang menikmati hujan serta lopak-lopak air yang berada di sekitarnya.

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang petani tidak dapat menahan keseronokan apabila hujan lebat mula membasahi kawasan ladangnya. -Foto Reddit
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang petani tidak dapat menahan keseronokan apabila hujan lebat mula membasahi kawasan ladangnya. -Foto Reddit

“Turunlah wahai hujan, jom kita basah bersama. Wahai lembu, lihatlah hujan ini yang akan memberikan makanan kepada anda,” katanya.

Hujan lebat di sini mulai turun semalam dan hari ini, menyaksikan hujan turun buat kali kedua membasahi kawasan hutan Australia yang sedikit sebanyak membantu memadamkan kebakaran di kawasan terjejas.

Sementara itu, hujan lebat juga dijangka akan turun sekali lagi pada hujung minggu ini di sekitar Sydney, Pantai Utara New South Wales dan Brisbane.

Artikel Berkaitan: