Akaun WhatsApp Muhyiddin, Tian Chua digodam

Muhyiddin, Tian Chua
Muhyiddin, Tian Chua
A
A
A

SHAH ALAM - Akaun WhatsApp Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua digodam pada Isnin.

Pejabat Muhyiddin menerusi satu kenyataan berkata, akaun WhatsApp Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah digodam dari jam 12 tengah hari tadi.

“Mohon kepada mereka yang menerima mesej selepas waktu tersebut untuk tidak melayan dan mengendahkan mesej dipercayai scammer.

Hantaran di Facebook Muhyiddin pada Isnin yang memaklumkan mengenai akaun WhatsApp beliau digodam.
Hantaran di Facebook Muhyiddin pada Isnin yang memaklumkan mengenai akaun WhatsApp beliau digodam.

“Satu laporan polis akan dibuat dan pihak Yang Berhormat (YB) Tan Sri sedang berusaha untuk mengaktifkan semula akaun WhatsApp beliau,” katanya di Facebook rasmi Muhyiddin.

Sementara itu, Tian Chua menerusi platform X mengingatkan kenalannya supaya berhati-hati jika menerima panggilan daripada nombor yang tertera gambar beliau.

Perkongsian Tian Chua di platform X miliknya pada Isnin.
Perkongsian Tian Chua di platform X miliknya pada Isnin.

“Mana-mana kenalan saya yang menerima panggilan dari nombor 6011-64269712 dengan foto saya pagi ini, sila berhati-hati dengan penipuan.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak meminta wang kepada sesiapa. Sila abaikan mesej yang anda terima itu,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!