Faisal mungkin terlepas Kelayakan Piala Dunia 2026

Faisal
Faisal
A
A
A

PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim mungkin terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Faisal dinasihatkan untuk melupakan dahulu bola sepak dan menumpukan untuk memulihkan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid.

“Beliau dalam keadaan sedih, tapi insya-ALLAH saya rasa beliau berjiwa kental.

“Yang pentingnya saya kata kepada Faisal, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan beliau cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas terkena asid pada badan beliau,” katanya.

Faisal mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian badan dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Harimau Malaya dijadualkan berdepan Kyrgyzstan pada 6 Jun di laman lawan dan Taiwan pada 11 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam dua perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: