Anak mahu bapa baharu, ramai DM Rita Rudaini

Menurut pelakon Mami Jarum ini, Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9, mahukan seorang ayah yang boleh mengajarnya bermain bola sepak.
Kongsi Rita, perbualan itu, semasa dia dalam perjalanan balik dari penggambaran drama dan katanya selalu dia mengajak Ryan berborak sebab tidak mahu dia tertidur dalam kereta.
Namun yang melucukan, Ryan menyuruh dirinya mencari bapa baharu untuk dirinya.
Rita terus menanyakan kepada Rayyan kenapa dia perlu mencari bapa baru untuk anak-anaknya.
Rayyan menjawab dia menginginkan seorang pemain bola sepak sebagai bapa barunya kerana ingin disuruh mengajarnya bermain bola.
Rita juga berseloroh dengan menyatakan dia sudah menjumpai pengganti suaminya tetapi sudah disumpah menjadi patung supaya tidak dirampas dengan orang lain.
Bagaimanapun, selepas perkongsian itu dan tular , Rita berkata ramai pula yang menghantar pesanan peribadi kepadanya dari pemain bola, jurulatih, penjaga garisan, pengadil, tukang kutip bola sampai ke 'water boy', semua mengaku pandai main bola sepak sampai ke bola lisut.
"Mana satu kakak nak pilih ini," tulisnya.
Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.
Rata-rata pengikut turut terhibur dengan permintaan Rayyan serta mendoakan agar Rita segera bertemu pengganti selepas ini.
"Hahahah... Lawa sangat... Bagaimanapun, kali ini pilih yang terbaik kakak... Semoga bertemu jodoh yang terbaik untuk anak-anak dan diri sendiri," tulis eja_lens.
"Saya tak pandai main bola? Tapi saya boleh ajar anak kakak main bola," tulis asyrfnzm.
"Saya cadangkan calon yang paling layak dan sesuai jadi daddy baru adalah @muhamed sumareh. Antara permain terbaik buat masa ini," tulis irwan_irn.
"Wah banyak pilihan ini... Bagusnya, pilih elok-elok," tulis ayyra.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
