Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan Ketua Pengarang portal Isnin depan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merekod keterangan Ketua Pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City, Isnin depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam keterangan itu dibuat pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi.

"Siasatan itu dilakukan selepas satu laporan polis dibuat oleh peguam ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan berhubung artikel berunsur fitnah bertajuk Malaysia Mulls Casino at Forest City: Bloomberg.

"Laporan itu dibuat selepas artikel tersebut didakwa mengandungi pernyataan yang palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Katanya, pihak USJT juga telah melakukan janji temu bagi merakam percakapan Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay berhubung perkara itu, namun tarikh rakaman percakapan belum diperoleh.

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali yang menggesa kerajaan menyaman dua agensi media asing berhubung laporan penerbitan artikel berniat jahat mengenai kasino di Forest City.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Berjaya Corp dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Artikel Berkaitan:

Bloomberg melaporkan, Anwar menemui pengasas Berjaya Corp, Vincent Tan dan CEO Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City, Johor.

Berikutan itu, Berjaya Corp berkata, penerbitan artikel yang berniat jahat itu diburukkan lagi oleh fakta yang tiada agensi berita membuat sebarang percubaan untuk mengesahkan kebenaran dan ketepatan kenyataan itu dengan pihaknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan Ketua Pengarang portal Isnin depan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Polis #Keterangan #KetuaPengarang #Kasino #ForestCity #KPN #RazarudinHusain

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution