Pelajar 'kuasai' kampus universiti di UK protes konflik di Gaza

Aktivis pelajar di tempat lain turut mengadakan perarakan dan protes. Foto AFP
Aktivis pelajar di tempat lain turut mengadakan perarakan dan protes. Foto AFP
A
A
A

LONDON - Pelajar pro-Palestin di United Kingdom (UK) telah berhimpun dalam protes di universiti-universiti di seluruh negara itu berikutan tunjuk perasaan di beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS).

Pelajar di Leeds, Newcastle dan Bristol mendirikan khemah di luar bangunan universiti pada Rabu sebagai protes terhadap konflik di Gaza, lapor PA Media.

Pelajar Bristol berkata, protes itu diadakan bagi membantah pembabitan universiti terhadap tindakan genosid Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada masa sama, Apartheid Off Campus Newcastle berkata, demonstrasi itu adalah untuk "menonjolkan strategi pelaburan institusi dan pembabitannya terhadap jenayah perang tentera Israel di Gaza dan Tebing Barat."

Aktivis pelajar di tempat lain turut mengadakan perarakan dan protes.

Di Universiti Warwick, satu kem didirikan di kawasan lapang di bandar selama seminggu.

Pelajar pro-Palestin berdiri teguh selepas polis melanggar perkhemahan mereka di kampus Universiti California, Los Angeles (UCLA) pada Khamis. Foto AFP
Pelajar pro-Palestin berdiri teguh selepas polis melanggar perkhemahan mereka di kampus Universiti California, Los Angeles (UCLA) pada Khamis. Foto AFP

Kumpulan-kumpulan itu telah menyeru universiti mereka untuk tidak terlibat dengan Israel sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Artikel Berkaitan:

Ini juga bermakna, pihak universiti menjual saham dalam syarikat Israel atau sebaliknya memutuskan hubungan kewangan.

Pelajar juga telah meminta penyokong untuk menyumbangkan makanan, minuman dan produk kebersihan.

Sementara itu, Kempen Solidariti Palestin, sebuah pertubuhan yang berpangkalan di UK serta mendakwa sebagai kumpulan British terbesar untuk menjamin hak asasi manusia Palestin, menerusi hantaran di X berkata: "Hari ini, pelajar dari Leeds, Newcastle, Bristol dan Sheffield menyertai Warwick - menuntut universiti kami berhenti melabur dalam tindakan genosid Israel!"

Imej yang dikongsi oleh kumpulan itu menunjukkan kumpulan-kumpulan besar pelajar berkumpul di kampus, bersama khemah dan sepanduk di kawasan universiti.

Protes di kampus-kampus di seluruh AS menyaksikan lebih lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa. - Bernama-PA Media/dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!