Berubah pendiam, rupanya jadi mangsa amang seksual kenalan ibu

Kejadian pada 27 April itu dipercayai berlaku ketika mangsa dibawa suspek ke sebuah inap desa. Foto hiasan
Kejadian pada 27 April itu dipercayai berlaku ketika mangsa dibawa suspek ke sebuah inap desa. Foto hiasan
A
A
A

TAMPIN - Perubahan sikap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menjadi pendiam membongkar rahsia dia menjadi mangsa amang seksual kenalan ibunya.

Kejadian pada 27 April itu dipercayai berlaku ketika mangsa dibawa suspek ke sebuah inap desa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu pada Rabu.

"Pada jam 6 petang satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita menyatakan anak perempuannya yang berusia lapan tahun telah dibawa oleh seorang lelaki ke sebuah inap desa untuk mengambil barang.

"Semasa di inap desa tersebut, suspek telah menurunkan seluar anak perempuan pengadu separas peha tetapi anak perempuan pengadu terus keluar dari bilik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kejadian tersebut telah membuatkan mangsa berubah menjadi seorang pendiam dan disedari oleh guru sekolahnya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan tersebut, suspek berusia awal 20-an telah ditangkap pada Rabu jam 10.20 malam di tepi jalan sebuah perkampungan.

"Suspek telah direman tiga hari bermula hari ini(Khamis) dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!