KPM terima penyerahan tiga projek di SSAS

Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahan projek Sekolah Sultan Ahmad Shah, di sini pada Khamis.
Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahan projek Sekolah Sultan Ahmad Shah, di sini pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima penyerahan tiga projek naik taraf termasuk trek sintetik Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SSAS) yang bernilai RM9,058,000.

Penyerahan secara rasmi itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dan disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini pada Khamis.

Turut diserahkan projek naik taraf astaka dan padang bola sepak di sekolah berkenaan.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, projek penggantian trek sintetik itu menjadi projek pertama di Putrajaya dan Sekolah Berasrama Penuh (BSP) yang mendapat pengiktirafan dua badan sukan antarabangsa iaitu International Rugby Board (IRB) dan Federation of Internationale Football Federation (FIFA).

Projek berkenaan diluluskan di bawah peruntukan pembangunan KPM memandangkan permukaan padang yang tidak lagi kondusif dan permukaan trek yang merisikokan kecederaan kepada murid.

"Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), JKR Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana.

Reezal
Reezal

"Skop projek ini melibatkan penaiktarafan padang sedia ada daripada jenis rumput asli kepada rumput sintetik," kata kementerian itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Marican ketika ditemui berharap agar projek berkenaan menjadi suntikan semangat kepada pelajar dan guru- guru.

"Saya usahakan ini kerana SSAS adalah sekolah contoh.

"Maknanya kalau ada dalam kalangan mereka datang dari luar negara untuk melihat, maka sekolah ini jadi tatapan.

"Tentulah kualitinya perlu ditingkatkan, ditambahkan pula pencapaian anak-anak di sekolah ini berada pada paras membanggakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!