Tiada penutupan ruang udara, lapangan terbang susulan letusan Gunung Ruang - CAAM

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Norazman
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Norazman
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Bagaimamapun beliau berkata, ketinggian penerbangan telah dihadkan kepada 35,000 kaki memandangkan kepulan asap akibat letupan itu berada pada ketinggian antara 45,000 kaki ke 63,000 kaki dan penampan 10,000 kaki.

"Sekatan tahap penerbangan ke tahap penerbangan (FL) 35,000 (kaki) dan ke bawah di kawasan poligon. "Tiada abu gunung berapi dilaporkan dan operasi keluar dan masuk dari Kuala Lumpur diteruskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazman berkata, CAAM memantau ketat situasi itu bagi memastikan keselamatan aktiviti penerbangan.

Dilaporkan Gunung Ruang meletus tiga kali semalam dan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu lebih lima kilometer ke udara. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: