PM gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

Anwar Ibrahim - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Anwar Ibrahim - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan.

Beliau berkata, adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.

"...kenalah fikir - penjawat awam ada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), ada KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Kesatuan CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam), jangan lupa MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).

"... tetapi ada yang tidak diwakili langsung. Sebab itu Suruhanjaya Pekerja Gig Malaysia itu perlu dan minta disegerakanlah supaya diberikan perhatian yang lebih,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.

Anwar berkata, ia turut melibatkan pemandu-pemandu teksi yang sudah lama memberikan sumbangan namun kadang-kadang ketinggalan dari sudut tekanan perubahan masa.

"Jadi kita harus berikan perhatian, termasuk OKU (orang kurang upaya), wanita dan warga emas, pesara, termasuk sebahagian daripada bekas-bekas banduan,” katanya.

Anwar berkata, beliau menghargai penat lelah semua pekerja di pelbagai peringkat termasuk dalam ekonomi gig. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: