Sila log masuk terlebih dahulu.

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlukan tahap seliaan terbaik

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig memerlukan tahap penyeliaan terbaik dan bukan sekadar mewujudkan badan induk tanpa memikirkan inisiatif yang mampu menjamin masa hadapan golongan pekerja gig, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk potongan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua yang terlibat dalam ekonomi gig.

Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan.

Beliau berkata, adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com