[VIDEO] Bayi sembilan bulan maut disyaki didera, empat individu disambung reman

A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu.

Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita direman empat hari sehingga Ahad ini.
Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita direman empat hari sehingga Ahad ini.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam.

Berdasarkan laporan polis sebelum ini, bayi tersebut yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) disyaki akibat didera, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.50 pagi pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Malah, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujudnya elemen jenayah yang menyumbang kepada kematian bayi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!