REE: Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda sebelum tubuh syarikat

NIK NAZMI
NIK NAZMI
A
A
A

IPOH - Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE).

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerangka perundangan adalah perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbincangan dibuat mengenai penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka dan mengawal selia industri berkenaan.

“GLC ini bagi saya perkara nombor dua sebab apa-apa kena ada kerangka perundangan, itu kena jelas.

“Selepas itu kita nak buat GLC, sektor swasta atau mengeluarkan tender, kita boleh bincang tetapi perkara pertama yang kita kena ada ialah kerangka perundangan.

“Jadi, kita rasa kalau nak harapkan Akta Pembangunan Mineral mungkin ada beberapa aspek yang perlu kita pinda untuk memenuhi keperluan REE,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan pertemuan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan tiga kementerian bagi membincangkan pembangunan kerangka model perniagaan REE negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, pertemuan NRES dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya membincangkan langkah memajukan industri REE serta unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang perlu dilihat secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: