Sukma Sarawak 2024 tawar 488 acara

Jawatankuasa Tertinggi Sukma secara rasmi bersetuju menawarkan penganjuran sejumlah 488 acara untuk temasya Sukma Edisi Sarawak 2024.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma secara rasmi bersetuju menawarkan penganjuran sejumlah 488 acara untuk temasya Sukma Edisi Sarawak 2024.
A
A
A

JAWATANKUASA Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) secara rasmi bersetuju menawarkan penganjuran sejumlah 488 acara untuk temasya Sukma Edisi Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Jumlah tawaran acara terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka untuk 37 jenis sukan yang dipertandingkan itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Setiap acara perlu menyaksikan penyertaan minimum atlet daripada enam negeri untuk ianya dipertandingkan.

Temasya Sukma edisi Ke-21 kali ini akan dilangsungkan di sembilan bahagian seluruh Sarawak iaitu Kuching dengan 25 jenis sukan, Samarahan (2), Serian (1), Sri Aman (1), Betong (1), Sibu (3), Mukah (3), Bintulu (3) dan Miri (6) bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh Sarawak.

Penganjur juga telah mengenalpasti lima perkampungan sukan utama bagi menempatkan atlet-atlet daripada 15 kontinjen bertanding iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan, Kolej Laila Taib di Sibu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Mukah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Sementara itu, Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada mesyuarat memutuskan beberapa perkara antaranya sejumlah 108 pertindihan pendaftaran atlet telah diselesaikan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekretariat Sukma Sarawak 2024 menerusi persetujuan bersama di antara Kontinjen Negeri yang terlibat.

Sekretariat Sarawak juga menetapkan Detik 100 Hari menjelang Sukma Sarawak 2024 akan dilangsungkan pada 9 Mei akan disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: