MIPP secara rasmi diterima sebagai anggota penuh PN

Muhyiddin (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan Punithan.
Muhyiddin (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan Punithan.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) secara rasmi diterima sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.

Perkara tersebut dimaklumkan Presidennya, S P Punithan menerusi satu kenyataan di Facebook.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan parti di atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara parti anggota iaitu Bersatu, Pas, Gerakan serta SAPP kerana menerima MIPP sebagai anggota penuh PN," ujarnya.

Tambah beliau, jika diimbas kembali sejarah pada 1954 menyaksikan pertama kali sebuah parti berasaskan kaum India menyertai gabungan PN.

Jelasnya, selepas 70 tahun sejarah baru dilakar dalam arena politik negara yang menyaksikan MIPP menyertai gabungan parti tersebut.

"Ini bukan sahaja satu pengiktirafan malah memberikan mesej yang jelas bahawa PN memberi keutamaan kepada kaum India yang juga kaum ketiga terbesar di negara ini.

Tangkap layar S P Punithan mengenai kenyataan penerimaan MIPP secara rasmi sebagai anggota parti Perikatan Nasional (PN) pada Isnin
Tangkap layar S P Punithan mengenai kenyataan penerimaan MIPP secara rasmi sebagai anggota parti Perikatan Nasional (PN) pada Isnin

"Suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan kaum India tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, MIPP juga komited dalam merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India.

Dalam pada itu, beliau menyeru supaya masyarakat India memberikan sokongan kepada PN untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!