QSR Brands tutup sementara lebih 100 cawangan KFC

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia, mengambil langkah proaktif menutup sementara lebih 100 daripada 770 cawangan KFC Malaysia sebagai cara menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat dan menumpukan zon perniagaan yang tinggi keterlibatannya sebagai tindak balas terhadap keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Dalam kenyataan pada Isnin, QSR Brands menjelaskan, pekerja dari restoran yang terjejas diberikan peluang untuk ditempatkan semula di cawangan yang beroperasi sebagai sebahagian strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber di zon perdagangan dengan keterlibatan pelanggan yang lebih tinggi.

Syarikat itu memaklumkan bahawa menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, mengekalkan kecintaan jenama terhadap KFC, dan melindungi pekerja adalah keutamaan bagi organisasi.

"Pekerja dari restoran yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke restoran yang lebih sibuk sebagai sebahagian usaha pengoptimuman semula oleh syarikat.

"Sebagai syarikat yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun, tumpuan kekal pada menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan di samping menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, dengan 85 peratus adalah Muslim,” jelasnya.

QSR Brands menjelaskan, KFC Malaysia terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga dapat memberi balik kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

"Kami percaya rakyat Malaysia akan mengiktiraf asal usul Malaysia kami, keikhlasan serta kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: