Dua sekolah di Meru diarah ditutup, kilang cat terbakar

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja akhir dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar pada Isnin.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja akhir dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Dua buah sekolah yang terletak berdekatan lokasi kilang cat terbakar di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini telah menutup sesi persekolahan pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.

"Dua buah sekolah terlibat terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kilang terbabit.

"Kebakaran yang mengakibatkan asap tebal itu dikhuatiri terdapat risiko bahan kimia mengakibatkan sesi persekolahan kedua-dua sekolah itu telah ditutup," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang.

Dua buah sekolah yang terletak berdekatan lokasi kilang cat terbakar di Taman Perindustrian Meru, Kapar telah menutup sesi persekolahan pada Isnin.
Dua buah sekolah yang terletak berdekatan lokasi kilang cat terbakar di Taman Perindustrian Meru, Kapar telah menutup sesi persekolahan pada Isnin.

"Bagaimanapun pemantauan masih dijalankan anggota bomba untuk memastikan lokasi kebakaran itu selamat.

"Selain itu, kita juga telah meminta pihak kilang untuk menjalankan kerja bagi mencuci sisa-sisa dipercayai kesan daripada cat susulan kejadian kebakaran ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, kerja pemadaman turut melibatkan anggota BBP Pel. Klang, BBP Kota Raja, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong serta BBP Rawang yang melibatkan keseluruhan seramai 39 anggota.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Kapar pada Isnin. Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.34 pagi dan insiden itu tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan. #SinarHarian#SinarTerkini#kilang#terbakar#viral#klang original sound - Sinar Harian