14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda

Antara rumah mangsa yang terjejas akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di daerah Kuala Muda.
Antara rumah mangsa yang terjejas akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di daerah Kuala Muda.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 14 buah rumah terjejas membabitkan tiga buah mukim di daerah Kuala Muda dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang pada Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Berapit di Mukim Pekula (1), Kampung Kuala Dahanan (1), Kampung Sri Gading (4) dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan Jeniang (1) di Mukim Gurun.

Menurutnya, antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar (1), Kampung Teluk Wang Kechil (1), Kampung Bukit (3) dan Kampung Masjid (2) di Mukim Sungai Pasir.

"Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian masih dalam bancian.

Kejadian hujan lebat dan angin kencang di daerah Kuala Muda menyebabkan sebanyak 14 buah rumah setakat ini, terjejas.
Kejadian hujan lebat dan angin kencang di daerah Kuala Muda menyebabkan sebanyak 14 buah rumah setakat ini, terjejas.

"Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa," katanya.

Menurut Azhar, pihaknya masih mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan bersedia sekiranya perlu berpindah jika ada keperluan.

Azhar berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setakat ini antara agensi yang terbabit dalam kejadian itu termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan (PDRM) serta penghulu kampung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!