Kes kemalangan, kematian meningkat

Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,914 kes di seluruh negara pada Sabtu.
Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,914 kes di seluruh negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,914 kes di seluruh negara pada Sabtu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 45 kes berbanding 1,869 kes dilaporkan pada Jumaat.

"Jumlah kematian turut mencatatkan peningkatan sebanyak 11 kes apabila merekodkan 22 kematian pada semalam (Sabtu) berbanding 11 kematian, pada Jumaat," katanya.

Sebelum itu, JSPT Bukit Aman menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Penyiaran data statistik itu kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel Berkaitan: