Dua saksi dirakam keterangan, suspek masih dikesan

Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelekat tanpa baju, di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar di Kangar pagi Sabtu.
Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelekat tanpa baju, di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar di Kangar pagi Sabtu.
A
A
A

KLANG - Polis mengambil keterangan dua saksi susulan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, dekat sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, sebanyak dua keterangan telah direkodkan setakat ini iaitu membabitkan isteri dan anak si mati yang ada semasa kejadian berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati motif pembunuhan disebabkan dendam.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Tiada sebarang senjata yang ditemukan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ditanya mengenai kecederaan mangsa, kata beliau, terdapat kesan tetakan pada kepala dan kedua-dua belah kaki serta bahu kanan dan tangan kanan.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahmah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Pada hari ini, proses sembahyang dan membakar mayat telah dilakukan oleh keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis turut membuat kawalan di lokasi pengurusan mayat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!