X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Pesara tentera rugi RM159,000 ditipu Macau Scam

Aibee Ab Ghani
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara tentera kerugian RM159,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam hanya kerana bimbang dituduh terlibat dalam pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 73 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai dari mahkamah Terengganu pada 3 Januari lalu.

"Wanita yang memperkenalkan diri sebagai Suraya Sulaiman itu mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM10,180.74 dan perlu diselesaikan pada hari sama.

"Mangsa menafikan dan kemudian talian disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu," katanya.

Menurutnya, mangsa diarah untuk membuka satu akaun bank dan memindahkan kesemua wang yang dia miliki ke dalam akaun itu.

Aibee berkata, tindakan itu perlu dilakukan mangsa bagi memastikan dia tidak terlibat dalam kesalahan aktiviti pengedaran dadah.

"Mangsa yang panik telah ikut arahan itu telah membuka akaun bank baru dan memindahkan RM50,000 ke dalam akaun itu pada hari sama.

"Mangsa kemudian telah berikan maklumat dua akaun banknya seperti nombor kad bank, nombor pin dan maklumat peribadi kepada lelaki yang menyamar sebagai polis terbabit," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa mula menyedari ditipu pada 7 Januari lalu selepas mendapati wang simpanannya di dua akaun bank telah dikeluarkan secara berperingkat tanpa pengetahuannya yang keseluruhan sebanyak RM159,000.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!