37 pelajar dijangkiti influenza di Pahang

Gambar hiasan. - (Gambar kecil: Dr Tajuddin Mohd Yunus)
Gambar hiasan. - (Gambar kecil: Dr Tajuddin Mohd Yunus)
A
A
A

KUANTAN - Seramai 37 pelajar sekolah di Pahang dilaporkan dijangkiti influenza sejak 7 Januari lalu.

Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, jangkitan itu membabitkan 24 sekolah di sembilan daerah di negeri ini dengan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 14 orang.

"Ia diikuti daerah Pekan dengan enam kes, Cameron Highlands dengan lima kes, Bentong (empat), Maran (tiga), Jerantut (dua) dan masing-masing satu kes di Temerloh, Rompin dan Bera," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, daripada 37 kes yang dicatatkan, 31 membabitkan murid sekolah rendah, tiga murid prasekolah, dua pelajar sekolah menengah dan seorang guru.

"Sebanyak 36 kes disahkan sebagai influenza A atau H1N1, manakala satu kes influenza B. Ada antara mangsa yang dikuarantin di rumah dan ada yang dirawat di hospital, manakala dua kes lagi mangsa telah disahkan pulih sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: