Tok Mat sahkan dijangkiti influenza, diarah rehat tiga hari

Mohamad menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Rabu.
Mohamad menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau terkena jangkitan influenza.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook sebentar tadi, memohon maaf kepada pengundi DUN Rantau dan jentera Barisan Nasional (BN) serta Kerajaan Perpaduan kerana tidak dapat turun berkempen buat masa ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, doktor mengarahkan beliau berehat sementara waktu dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Saya ‘down’ kerana influenza, batuk teruk dan demam, doktor saya suruh jangan keluar takut berjangkit,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada jentera untuk meneruskan gerak kerja terutama di kawasan pusat daerah mengundi (PDM) khususnya yang dijadualkan untuknya turun padang.

“Saya minta maaf banyak-banyak, saya harap dapat jumpa dengan seberapa ramai pengundi selepas sembuh nanti insya-ALLAH,” kata Menteri Pertahanan itu.

Beliau membuat penampilan kelima bertanding kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.

Mohamad menghadapi tentangan satu lawan satu daripada calon Perikatan Nasional (PN) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi itu dalam PRN kali ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!