Jenazah Norfarahimi selamat dikebumikan malam tadi

Pengebumian jenazah Norfarahimi dijalankan mengikut istiadat rasmi pengurusan jenazah TLDM di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat Selama malam tadi.
Pengebumian jenazah Norfarahimi dijalankan mengikut istiadat rasmi pengurusan jenazah TLDM di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat Selama malam tadi.
A
A
A

LARUT - Jenazah Pegawai Waran II, Norfarahimi Mohammad Saedy yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat Selama pada Rabu.

Lebih 1,000 orang ramai hadir menyambut ketibaan jenazah pegawai wanita berusia 41 tahun itu sambil diiringi suaminya, Pegawai Waran I, Muhd Faizul Kameh, 42, sekitar jam 7.50 malam.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak sulung Allahyarhamah, Muhd Alif Farhan,16 bersama adiknya, Nur Alwani Fatihah,12, menangis ketika diberi peluang untuk menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir.

Pengebumian dijalankan mengikut istiadat rasmi pengurusan jenazah TLDM dan Laksamana Pertama Ts Shaiful Bahari Baharuddin kemudian menyerahkan ensign kepada waris simbolik kepada penghargaan dan pengorbanan Allahyarhamah ketika berkhidmat dalam TLDM.

Sementara itu, kakak kepada Norfarahimi, Norlaida Mohd Saedy, 55, menganggap adiknya itu penyeri keluarga kerana suka berceloteh dan ceria.

Lebih 1,000 orang ramai hadir menyambut ketibaan jenazah Norfarahimi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat Selama malam tadi.
Lebih 1,000 orang ramai hadir menyambut ketibaan jenazah Norfarahimi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat Selama malam tadi.

Tambah Norlaida, Norfarahimi pernah menyatakan hasrat mahu membawanya untuk menunaikan umrah.

"Arwah pernah beritahu nak bawa saya menunaikan umrah sewaktu berbual dengan anak saya, tetapi saya menolak dan menyuruh dia pergi menunaikan umrah bersama keluarganya.

Artikel Berkaitan:

"Saya berpesan supaya arwah kena berjimat kerana dia akan pencen pada bulan Jun,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Jas, Rantau Panjang Selama.

Norfarahimi bertugas di Depot Bekalan Armada Barat TLDM merupakan penumpang Pesawat HOM (M503-3) yang membawa empat kru dan dua rakannya yang lain.

Dalam insiden pada jam 9.32 pagi pada Selasa itu turut melibatkan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru sebelum terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!