Chelsea lembik - Pochettino

Reaksi pemain Chelsea selepas tewas kepada Arsenal. FOTO: EPA
Reaksi pemain Chelsea selepas tewas kepada Arsenal. FOTO: EPA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino kecewa dengan persembahan para pemainnya selepas tewas 0-5 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama, The Blues melepaskan empat gol dalam tempoh 18 minit pada separuh masa kedua ketika mereka mengalami kekalahan paling teruk dalam derby London sejak 1986.

Pochettino telah melakukan tiga perubahan pada pertahanannya untuk perlawanan itu, memilih untuk merehatkan Trevoh Chalobah dan Thiago Silva, manakala Malo Gusto mengalami kecederaan semasa kekalahan separuh akhir Piala FA kepada Manchester City pada Sabtu.

“Ia tidak sukar untuk dijelaskan. Semua orang melihat kami tidak bersaing sejak awal permainan.

"Selepas kami ketinggalan, saya rasa pasukan sangat lembik. Saya sangat kecewa dengan permulaan kerana kami sepatutnya mempunyai tenaga penuh dan bersaing dengan lebih baik.

"Kami tidak agresif dan kami tidak menumpukan perhatian kepada situasi yang mudah untuk mencari penyelesaian. Itulah sebabnya saya sangat kecewa," katanya.

Chelsea memulakan perlawanan itu dengan rekod lapan perlawanan tanpa kalah dalam EPL dan peluang untuk layak ke kejohanan Eropah musim depan.

Tetapi kekalahan kepada Arsenal itu bagaikan menutup harapan itu dan kini mereka berada di kedudukan kesembilan liga.

Artikel Berkaitan:

“Kami bercakap pada separuh masa untuk bermula dengan cara yang berbeza. Tetapi kami tidak melakukannya. Apabila kami melepaskan gol ketiga pasukan itu berputus asa. Ia sukar untuk mereka," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!