[VIDEO] Suasana pilu sambut jenazah Mohammad Amirulfaris

A
A
A

SEREMBAN - Suasana hiba dan sayu menyelubungi kediaman keluarga sebaik sahaja van yang membawa jenazah Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi tiba kira-kira jam 9.05 malam Rabu.

Jenazah Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak semalam, dibawa oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lengkap berpakaian istiadat ke kediaman bagi penghormatan terakhir ahli keluarga.

Suasana hiba dan sayu menyelubungi kediaman keluarga sebaik sahaja van yang membawa jenazah Mohammad Amirulfaris tiba kira-kira jam 9.05 malam Rabu.
Suasana hiba dan sayu menyelubungi kediaman keluarga sebaik sahaja van yang membawa jenazah Mohammad Amirulfaris tiba kira-kira jam 9.05 malam Rabu.

Waris termasuk ibu, bapa dan isteri serta dua anak Allahyarham dilihat tidak dapat menahan kesedihan mengiringi perjalanan terakhir Mohammad Amirulfaris.

Jenazah Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu.
Jenazah Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid At-Taufiqiah Kariah Taman Pinggiran Senawang pada jam 9.30 malam untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Turut serta dalam solat jenazah ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, kira-kira jam 11 malam ini dan bacaan talkin disempurnakan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Mejar Lukman Hakim Abd Wahab.

Mohammad Amirulfaris meninggalkan seorang balu, Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, dan dua anak iaitu Umar Fayyadh, 7, dan Ammar Affan, 2.

Tragedi pada jam 9.32 pagi semalam yang membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) semasa Latihan Lintas Hormat bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 itu, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!