UM perlu perjelas kehadiran profesor didakwa pro-Israel - Saifuddin

Saifuddin menggesa UM untuk tampil menjelaskan kehadiran profesor yang dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti berkenaan.
Saifuddin menggesa UM untuk tampil menjelaskan kehadiran profesor yang dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menggesa Universiti Malaya (UM) untuk tampil menjelaskan kehadiran profesor yang dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti berkenaan.

Menurutnya, Gilley merupakan Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland, Amerika Syarikat.

“Kenyataan Gilley menyentuh pendirian rakyat dan kerajaan Malaysia sejak dahulu. Kita jelas menentang genosaid Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Dalam perkara ini, kita tidak tahu siapa penganjurnya. Jadi saya minta pihak UM tampil bagi menerangkan mengenai program Seminar ICS: Reassessing Republican China,” katanya pada Rabu.

Perkongsian yang dimuat naik di media sosial didakwa akaun milik Bruce Gilley tersebut turut mendapat kecaman daripada pengguna aplikasi X apabila dia menyatakan bahawa ahli politik negara ini menganjurkan Holocaust kedua terhadap Yahudi.

Tambah Saifuddin, penerangan daripada berwajib itu penting supaya tiada spekulasi lain yang akan timbul.

“Hari ini, ramai pelajar dan pensyarah di Amerika Syarikat yang digantung serta ditangkap polis disebabkan buat perkhemahan menyokong Palestin.

“Ada kepimpinan universiti di sana yang zalim dengan memanggil polis menangkap pelajar dan pensyarah mereka sendiri. Tetapi apabila ini berlaku di UM maka, ia sangat ironis.

Artikel Berkaitan:

“Saya mahu suatu penerangan yang jelas terlebih dahulu, sebelum saya membuat ulasan selanjutnya” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!