redONE umum pemenang Gadgetzilla Giveaway

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway di pejabat pusat redONE Mobile di Puchong.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway di pejabat pusat redONE Mobile di Puchong.
A
A
A

SHAH ALAM - redONE Mobile mengumumkan pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveway yang membawa pulang hadiah utama Macbook Air dalam satu sesi penyampaian hadiah di pejabatnya di Puchong, di sini, baru-baru ini.

Kempen Gadgetzilla Giveaway yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember lalu bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelajar dan belia untuk membantu mereka dalam akademik, kerjaya, dan pembangunan peribadi, melalui langganan mereka kepada pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 atau pelan tanpa had redONE Postpaid Pakej Belia Amazing38.

Dengan pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 yang secara eksklusif untuk pelajar universiti, menyediakan internet dan panggilan tanpa had serta pelan tanpa had redONE Postpaid Pakej Belia Amazing38 yang menawarkan pengembalian rebat bil bulanan sebanyak RM5, pelanggan dapat menikmati fleksibiliti tanpa terikat kepada kontrak, meringankan perjalanan mereka sebagai pelajar universiti atau profesional muda.

Mereka yang mendaftar untuk mana-mana pelan ini secara automatik layak menyertai Giveaway Gadzetzilla dengan peluang untuk memenangi peranti bernilai sehingga RM20,000 di mana, sejumlah 29 pemenang terdiri daripada pemenang bulanan dan mingguan telah dipilih.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran berkata, dia gembira dan berbesar hati dapat bertemu dengan para pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway yang juga pelanggan redONE Mobile.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway di pejabat pusat redONE Mobile di Puchong.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway di pejabat pusat redONE Mobile di Puchong.

“Pertandingan ini dilancarkan sebagai cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami atas sokongan dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada semua peserta atas penglibatan yang bersemangat sepanjang kempen ini.

“Melalui inisiatif seperti ini, kami memberi ganjaran dan memberdayakan segmen belia dengan sumber yang diperlukan untuk menyokong perjalanan mereka sama ada mereka masih belajar atau baru mula sebagai kerjaya profesional. Kami berharap untuk menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan serta ganjaran yang menarik kepada pelanggan kami pada masa hadapan,"katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Artikel Berkaitan:

Sesi penyampaian hadiah dilakukan Ameen kepada pemenang hadiah utama, Farah Erishah Khiril Akhmal yang membawa pulang Macbook Air dan beberapa pemenang lain, Mohamed Sufi Mohamed Sin, Dines A/L Murugan dan Muhammad Fadhil Mohd Azman yang masing-masing menerima hadiah Samsung Tab A7 Lite.

Selain daripada Macbook Air, hadiah menarik lain termasuk Xiaomi Buds, Mi Watch, Samsung Galaxy Tab dan baucar mall.

Untuk kemas kini lanjut tentang tawaran menarik, pelan, dan perkhidmatan redONE Mobile, lawati redONEMobile.com.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!