AppAsia & BytePlus jalin perkongsian strategik

No Image Caption
A
A
A

APPASIA Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, AppAsia Cloud Sdn. Bhd. mengumumkan perkongsian strategik dengan sebuah syarikat Singapura iaitu BytePlus Pte. Ltd.

BytePlus merupakan anak syarikat ByteDance iaitu syarikat inovatif di sebalik platform terkenal peringkat global seperti TikTok, Douyin dan Toutiao.

Pengarah Eksekutif AppAsia, Calvert Wong berkata, kerjasama berkenaan menandakan peristiwa penting dalam memanfaatkan teknologi dan kepakaran dalam penyampaian kandungan, analisis data dan penyelesaian teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, sebagai dua entiti terkemuka dalam industri, AppAsia dan BytePlus bersedia untuk mentakrifkan semula piawaian dan memacu inovasi.

“Perkongsian ini akan memanfaatkan penyelesaian terkini BytePlus dan pengetahuan industri AppAsia serta rangkaian yang luas untuk menangani keperluan pasaran yang semakin berkembang.

“Kerjasama kedua-duanya syarikat ini akan memberikan nilai yang tiada tandingan kepada pelanggan dan memacu peluang pertumbuhan. Kami sangat teruja untuk memulakan perkongsian strategik ini dengan BytePlus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Calvert, perkongsian dengan BytePlus menunjukkan komitmen mereka dalam menyampaikan inovasi dan nilai kepada pelanggan.

Malah, dengan memanfaatkan teknologi canggih BytePlus dan kepakaran industri AppAsia, beliau yakin ia akan memacu transformasi hasil dan membentuk masa depan industri.

Artikel Berkaitan:

“Perkongsian strategik antara BytePlus dan AppAsia mencerminkan komitmen bersama terhadap inovasi, kecemerlangan dan memberikan hasil yang ketara.

“Kedua-dua syarikat teruja dengan prospek yang akan datang dan berharap untuk bekerjasama rapat dalam mencapai kejayaan bersama,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!