MySubsidi Diesel: Kerajaan setuju tambah bilangan syarikat pembekal minyak

Armizan mempegerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pengangkutan Darat Barangan Bagi Persediaan Perlaksanaan Penggunaan Fleet Card SKDS 2.0 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Selasa. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan setuju menambah bilangan pilihan untuk syarikat pengangkutan darat daripada dua kepada kepada tiga syarikat pembekal minyak di dalam sistem MySubsidi Diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, persetujuan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada syarikat pembekal minyak dan industri pengangkutan.

"Sebelum ini syarikat-syarikat pengangkutan barangan ini dihadkan untuk mempunyai pilihan hanya dua syarikat pembekal minyak (tetapi) kita telah putuskan atas rayuan tersebut untuk memberi tambahan pilihan kepada tiga.

"Syarikat pengangkutan boleh memilih tiga daripada lima syarikat pembekal minyak yang (disenaraikan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) Bersama Industri Pengangkutan Barangan di KPDN di sini pada Selasa.

Terdahulu, Armizan mempengerusikan sesi libat urus bersama industri pengangkutan darat barangan di kementeriannya.

Menurutnya, sesi tersebut dibuat bagi menyegerakan permohonan kad fleet dengan syarikat minyak terpilih untuk memastikan syarikat pengangkutan barangan dapat menikmati subsidi yang disediakan kerajaan apabila ia dilaksanakan nanti.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan KPDN memperluaskan projek rintis SKDS 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan mulai 6 Mac 2024.

Kenderaan tersebut membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!