Dilarang guna gajet, kanak-kanak cuba terjun bangunan

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Dipercayai tertekan kerana dilarang menggunakan 'gajet' atau peranti komunikasi, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dipercayai cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

"Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

"Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu.

"Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan 'gajet' dibawa ke situ,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!