‘Cukuplah, biar MCA buat keputusan sendiri’ - Chin Han

Chin Han (gambar kecil) persoal tindakan UMNO mainkan semula sentimen Semangat BN bagi galakkan MCA dan MIC turun padang bantu calon PH sempena PRK Kuala Kubu Bharu.
Chin Han (gambar kecil) persoal tindakan UMNO mainkan semula sentimen Semangat BN bagi galakkan MCA dan MIC turun padang bantu calon PH sempena PRK Kuala Kubu Bharu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han mempersoalkan tindakan UMNO memainkan semula sentimen Semangat Barisan Nasional (BN) bagi menggalakkan MCA dan MIC turun padang untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Chin Han berkata, UMNO turut diminta supaya tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh MCA.

“Cukuplah, biarlah MCA buat keputusan sendiri, yang UMNO nak berpeluk dan cium mulut dengan DAP, itu hak kamu.

"Kami tak dapat campur tangan, pada masa yang sama juga jangan campur tangan keputusan MCA," katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Jumaat, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

MIC sebelum ini turut membuat keputusan sama dengan alasan serupa.

Tangkap layar hantaran Facebook Chin Han pada Isnin
Tangkap layar hantaran Facebook Chin Han pada Isnin

Dalam pada itu, Chin Han mendakwa, MCA dan MIC sudah 17 bulan diketepikan, diabaikan dan dilucutkan semua jawatan dalam kerajaan Pusat termasuk pegawai-pegawai di jabatan dan badan berkanun sejak kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, MCA juga turut dinafikan peluang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri, malah mendakwa sering dibuli dan diserang oleh pemimpin-pemimpin DAP.

“Ada juga pemimpin DAP yang mendesak MCA keluar daripada BN, padahal apa hak mereka?

"Di mana pula semangat perpaduan dalam kerajaan ini?

“Kini, datangnya PRK Kuala Kubu Bharu, tanpa Mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Pengerusi BN telah mengumumkan akan sokong calon PH iaitu DAP.

"MCA dan MIC pula membuat keputusan tidak akan membantu berkempen melainkan calon BN.

“Dalam keadaan sebegini, dalam masa inilah tiba-tiba wujud semula semangat BN, yang mana UMNO hendakkan MCA dan MIC turun padang membantu calon PH,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28