Treler bawa muatan tong gas kosong terbalik

Sebuah treler membawa muatan tong gas kosong terbabas di kilometer 69 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Sekinchan pada Sabtu.
Sebuah treler membawa muatan tong gas kosong terbabas di kilometer 69 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Sekinchan pada Sabtu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah treler membawa tong gas kosong terbabas sebelum terbalik di kilometer 69 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Sekinchan di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu menyebabkan muatan tong gas bertaburan di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, treler jenis Hino itu dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun dalam perjalanan dari Ipoh dengan menuju ke Pelabuhan Klang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian secara tiba-tiba mangsa hilang kawalan lalu terbalik di atas jalan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Agus Salim berkata, akibat kemalangan itu, mangsa beralamat di Taiping, Perak mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kepala.

Beliau memberitahu, mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan: