Remaja mengaku curi air tenaga

Remaja terbabit mengaku bersalah mencuri air minuman tenaga selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
Remaja terbabit mengaku bersalah mencuri air minuman tenaga selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja bersama rakannya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap pertuduhan mencuri satu tin minuman jenis Red Bull di sebuah kedai serbaneka pada Disember lalu.

Remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah dan rakannya, Muhammad Badrol Amin A Mazzani, 22, membuat pengakuan berkenaan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri satu tin air minuman tenaga jenama Red Bull milik kedai serbaneka 7 Eleven Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama lebih kurang jam 2.27 pagi pada 23 Disember lalu.

Dengan itu mereka didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sejurus pengakuan mereka direkodkan, mahkamah menetapkan 11 Februari depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala rakannya, Muhammad Badrol Amin diperintahkan melakukan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam setiap hari dalam tempoh dua bulan dengan jaminan RM1,000 tanpa cagaran.

Artikel Berkaitan: