Kejayaan reformasi diukur pada dasar dinikmati rakyat - Saifuddin

Saifuddin berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini. Foto Bernama
Saifuddin berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan reformasi tidak diukur berdasarkan jumlah bilangan ahli parti yang berjaya memegang peranan dalam kerajaan, sebaliknya pelaksanaan dasar dan program untuk rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ukuran yang sebenar apabila pemegang tampuk kuasa berjaya menterjemahkan dasar yang dirangka untuk kesejahteraan rakyat.

“Kejayaan reformasi, sama ada pada mata kita atau mata rakyat, akan diukur berdasarkan kejayaan kita menterjemahkan kepada dasar dan program sehingga rakyat dapat menikmati. Itu ukurannya.

“Ukuran bukan terletak kepada berapa ramai menteri pada blok Keadilan, berapa negeri yang menteri besarnya Keadilan, berapa ramai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diwakili oleh Keadilan, berapa ramai ahli Parlimen, berapa jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Ahad.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menggesa agar pemimpin parti memahami makna reformasi dalam bentuk dasar kerajaan agar rakyat dapat manfaat.

Beliau berkata, pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan salah satu contoh usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan subsidi bersasar kepada rakyat.

“Kita mungkin terpaksa melakukan satu perkara pahit dari sudut jangka pendek tetapi kita tahu itu adalah tindakan yang betul.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, kita kumpulkan data yang boleh dipercayai maka terlahirlah PADU.

“Ini adalah contoh tentang bagaimana kita mahu laksana perkara yang betul dan ia mesti dimulakan dengan asas kerja kemas dan sistematik kerana itu kita bercakap soal perkara ini,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!