10 pelumba haram ditahan polis

Azisman Alias (tengah) bersama pegawai-pegawai polis yang mengetuai Ops Khas Samseng Jalanan menunjukkan barang-barang yang dirampas pada sidang media Ops Khas Samseng Jalanan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Azisman Alias (tengah) bersama pegawai-pegawai polis yang mengetuai Ops Khas Samseng Jalanan menunjukkan barang-barang yang dirampas pada sidang media Ops Khas Samseng Jalanan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti lumba haram telah ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata dua kumpulan geng motosikal Yamaha 125z dari Dungun, Terengganu dan Negeri Sembilan berentap dalam perlumbaan haram melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM20,000.

"Polis turut merampas wang tunai RM38,000 selain turut menyita kenderaan Mitsubishi Triton, Perodua Alza, Toyota Vios (milik penganjur lumba haram) dan dua buah motosikal Yamaha 125z," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini petang tadi.

Azisman berkata ketika serbuan, dua pelumba berusia 17 tahun sedang berlumba sesama sendiri

"Merek berlumba dengan melakukan aksi 'superman' (meniarap) tanpa topi keledar. Perlumbaan itu bermula dari kilometer 25.6 hingga 24.6 arah selatan (susur Mantin)," katanya.

Azisman berkata, dua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala lapan individu lagi disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kesemua individu berusia 17 hingga 36 tahun itu ditahan reman empat hari sehingga 17 Januari ini untuk siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Artikel Berkaitan: