Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki yang membakar dirinya di luar sebuah mahkamah Manhattan di mana bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadapi perbicaraan dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Maxwell Azzarello, 37, didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.

Media tempatan melaporkan dia melakukan tindakan nekad itu ketika pemilihan juri untuk perbicaraan kes bayaran menutup mulut melibatkan bilionair hartanah itu dengan bekas bintang porno, Stormy Daniels selesai pada Jumaat.

Sementara itu, pihak berkuasa New York mengesahkan kematian Azzarello dimaklumkan oleh kakitangan hospital.

Siasatan awal mendapati individu itu tiba di New York dari kediamannya di Florida pada minggu lalu dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: