Guna 'Fleet Card' beli diesel subsidi

MOF memaklumkan, menerusi mekanisme itu, syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (barangan) boleh mendapatkan ‘Fleet Card’ daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi.
MOF memaklumkan, menerusi mekanisme itu, syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (barangan) boleh mendapatkan ‘Fleet Card’ daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan mekanisme rasionalisasi subsidi diesel bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan yang berterusan di negara ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi mekanisme itu, syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (barangan) boleh mendapatkan ‘Fleet Card’ daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan sistem berkenaan akan dilakukan sebaik berjaya mendapat kelulusan di bawah Sistem MySubsidi Diesel Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Mekanisme rasionalisasi subsidi diesel ini akan dijalankan bersama KPDN melalui Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

"Syarikat-syarikat pengangkutan barangan boleh membuat permohonan menerusi https://mysubsidi.kpdn.gov.my/," katanya pada Sabtu.

Tambah kenyataan tersebut, dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu, kerajaan dapat menyalurkan hasil negara kepada rakyat yang benar-benar memerlukan antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan lain-lain bantuan.

Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel.

MOF memberitahu, perbincangan berkenaan adalah bertujuan mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik mengenai skop serta syarat cadangan program tersebut terutamanya bagi mendengar isu yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan.

Artikel Berkaitan:

"Seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan yang berterusan.

"Namun, bagi mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!