Capaian internet di Melaka memuaskan

Melaka merekodkan capaian internet di sekolah-sekolah termasuk kawasan luar bandar pada tahap memuaskan sejak bermulanya sesi persekolahan baharu tahun ini.(Gambar hiasan) Foto 123rf
Melaka merekodkan capaian internet di sekolah-sekolah termasuk kawasan luar bandar pada tahap memuaskan sejak bermulanya sesi persekolahan baharu tahun ini.(Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Melaka merekodkan capaian internet di sekolah-sekolah termasuk kawasan luar bandar pada tahap memuaskan sejak bermulanya sesi persekolahan baharu tahun ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, bagaimanapun terdapat beberapa masalah dihadapi dan akan diselesaikan seperti jalur lebar genting optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) yang dibina berhampiran sekolah namun masih belum ada lantikan syarikat telekomunikasi untuk menguruskannya.

Beliau berkata, yakin dan percaya pihak sekolah mempunyai inisiatif sendiri bagi memberi manfaat kepada guru serta murid menggunakan kemudahan internet itu dalam sesi pembelajaran, termasuk mendapatkan bantuan menerusi peruntukan ahli Parlimen.

"Kita masih menunggu Kementerian Pendidikan Malaysia berbincang dengan syarikat telekomunikasi berkaitan untuk membina lagi menara dalam kawasan sekolah.

"Selagi tidak selesai perjanjian atau isu yang mereka hadapi, selagi itulah PoP ini tidak boleh sampai ke pihak sekolah, ini yang akan ditambah baik," katanya.

Fairul Nizam (dua dari kanan) bersalam dengan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang hadir dalam majlis itu di Pekan Asahan, di sini, pada malam Jumaat.
Fairul Nizam (dua dari kanan) bersalam dengan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang hadir dalam majlis itu di Pekan Asahan, di sini, pada malam Jumaat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Pekan Asahan di sini, malam Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan berkenaan dengan menyasarkan semua masalah berkaitan capaian internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar akan dapat diselesaikan menjelang tahun 2026.

Artikel Berkaitan:

"Kita dah kenal pasti masalah capaian internet ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan sahaja di sekolah malah di kawasan luar bandar untuk kita bantu selesaikan dalam tempoh dua tahun lagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!