Mengaku serang Iran, menteri 'ekstremis' Israel kena kecam teruk

Ben Gvir pernah mencetuskan kontroversi kerana melakukan siri pencerobohan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. - Foto Agensi
Ben Gvir pernah mencetuskan kontroversi kerana melakukan siri pencerobohan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir dikutuk banyak pihak, gara-gara menjejaskan strategi Tel Aviv terhadap Iran selepas beliau mendakwa rejim Zionis mendalangi insiden letupan yang menggegarkan Teheran pada Jumaat.

Pengakuan semberono itu dibuat pemimpin ekstremis tersebut menerusi platform X ketika pemerintah Israel tidak membuat sebarang pengesahan tentang kejadian berkenaan.

Ia turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial berkenaan termasuk pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini, seorang menteri tergamak menjejaskan keselamatan, imej dan status antarabangsa negara sendiri.

“Ciapan beliau yang menggunakan slanga bahasa Ibrani adalah tidak boleh dimaafkan. Ben-Gvir telah memalukan Tel Aviv,” tegasnya.

Israel dikatakan menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan balas ke atas Iran selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Keputusan itu dibuat setelah rejim Tel Aviv dikatakan sudah meluluskan pelbagai tindak balas terhadap Teheran. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!