Kes kanak-kanak perempuan dibuli, JKM jalankan siasatan - Nancy

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Nancy
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Nancy
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dibuli sehingga cedera dalam kejadian di Kajang, Selangor, seperti tular di media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, siasatan dijalankan oleh Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

Beliau berkata, pihaknya diberitahu bahawa pegawai JKM telah berhubung dengan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

"KPWKM sentiasa mengambil berat tentang kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.

"Sekiranya anda mengetahui atau melihat kejadian yang melibatkan kanak-kanak, sila laporkan kepada Talian Kasih 15999," katanya dalam kenyataan di aplikasi X, pada Jumaat.

Terdahulu, tular satu hantaran yang mengatakan seorang kanak-kanak perempuan didakwa dibuli oleh anak-anak kepada jiran pengasuh.

Difahamkan,mangsa berusia lapan tahun itu turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki, perut, hidung dan anggota sulitnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: