Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja

Mangsa wanita penunggang motosikal terjatuh selepas diragut dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada Isnin.
Mangsa wanita penunggang motosikal terjatuh selepas diragut dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja cedera akibat terjatuh selepas diragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pada jam 8.50 pagi, mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap.

Menurutnya, suspek lelaki terbabit kemudian bertindak menarik beg silang dipakai mangsa.

"Tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

Kecederaan yang dialami mangsa selepas diragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Isnin lalu.
Kecederaan yang dialami mangsa selepas diragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Isnin lalu.

"Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis Iphone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114," katanya pada Jumaat.

Hoong Fong berkata, pihaknya mempergiatkan usaha memburu suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat.

Tegasnya, polis sedang mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sengaja mendatangkan cedera ketika melakukan rompakan," ujarnya.

Sebelum itu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian terbabit.

Hoong Fong
Hoong Fong

Justeri, Hoong Fong menasihatkan semua pihak menghentikan penyebaran video tular kejadian berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!