Motosikal hilang kawalan, lelaki jatuh jejambat

Mangsa yang cedera di kepala dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera di kepala dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang lelaki cedera di kepala apabila tercampak dari jejambat ketika menunggang motosikal di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada petang Khamis.

Mangsa berusia 27 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Akibat daripada kejadian itu, motosikal mangsa turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan, kiri dan kanan.

Sumber berkata, kejadian berlaku pada jam 4.10 petang berhampiran Masjid Sungai Tiram.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari Bayan Baru hendak pulang ke rumahnya di Bayan Lepas.

"Apabila melalui jejambat di situ, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan menyebabkan mangsa telah tercampak ke bawah jejambat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut sumber, mangsa mempunyai lesen memandu yang sah manakala lesen kenderaan motor (LKM) juga masih sah tempoh.

"Polis sedang mengesan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian selain mengesan saksi kejadian, untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!