Letusan Gunung Ruang: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan yang operasikan semula antaranya melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu. Foto hiasan
AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan yang operasikan semula antaranya melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketika hampir kesemua penerbangan terjejas berikutan letusan Gunung Ruang, Indonesia, penerbangan tambang murah AirAsia telah mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas dan tiba di Sabah dan Sarawak pada Khamis.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan yang operasikan semula antaranya melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Berikut senarai penerbangan yang dioperasikan semula:

AK5242 (KUL-BTU)

AK5243 (BTU-KUL)

AK5218 (KUL-KCH)

AK5219 (KCH-KUL)

AK5874 (KUL-SBW)

Artikel Berkaitan:

AK5875 (SBW-KUL)

AK5234 (KUL-KCH)

AK5211 (KCH-KUL)

AK5037 (JHB-SBW)

AK5038 (SBW-JHB)

AK5229 (KCH-KUL)

AK5228 (KUL-KCH)

AK6460 (KCH-SBW)

AK6461 (SBW-KCH)

AK5507 (KCH-KBR)

AK5508 (KBR-KCH)

AK1776 (SIN-KCH)

AK6057 (BTU-KCH)

AK5232 (KUL-KCH)

Kenyataan itu memaklumkan AirAsia telah memaklumkan kesemua penumpang yang terlibat dan mereka yang mengembara ke atau dari kawasan terjejas digalakkan untuk menyemak e-mel berdaftar dan nombor telefon mereka untuk notifikasi pembatalan.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Bo Lingam berkata penumpang boleh meminda penerbangan mereka, dengan membuat perubahan sekali sahaja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan yang sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

"Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun keahlian AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengeluarannya.

"AirAsia akan terus memantau keadaan letusan Gunung Ruang dan akan memberikan maklumat tambahan mengenai perkembangan terkini,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!