KP Maritim Malaysia bersara selepas berkhidmat 42 tahun

Hamid menghadiri acara yang diadakan di di pekarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, pada Khamis.
Hamid menghadiri acara yang diadakan di di pekarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin akan bersara wajib berkuatkuasa pada Jumaat, selepas menabur bakti selama 42 tahun dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Hamid memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah keenam Maritim Malaysia bermula 6 November tahun lalu.

"Hamid telah meletakkan teras utama kepada seluruh warga agensi ini dengan memfokuskan kepada integriti, operasi dan ilmu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan," katanya.

Menurut kenyataan itu, Hamid telah melakarkan beberapa kejayaan melalui peningkatan operasi Maritim Malaysia khususnya di sempadan perairan negara serta menguruskan pertambahan aset baharu.

"Perolehan empat buah helikopter 'medium lift', sebuah kapal 'Multi-Purpose Mission Ship', dua buah New Generation Petrol Craft (NGPC), dua buah bot pemintas Pasukan Tindakan Khas (PTK) dan lima buah bot pemintas 'Rigid Hull Fenders Boat' (RHFB), selain Kapal Peronda Luar Pesisir.(OPV) dari 'US Coast Guard'," katanya.

Hamid akan bersara esok.
Hamid akan bersara esok.

Katanya, Hamid turut berjaya memastikan OPV1 yang telah dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah berjaya disiapkan dan beroperasi di perairan Sarawak pada awal tahun ini.

"Hamid juga berjaya melancarkan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033 yang bakal dijadikan sebagai landasan untuk agensi ini mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau dalam Penguatkuasaan Maritim dan Carilamat atau Bantuan Bencana.

Artikel Berkaitan:

"Kejayaan itu adalah antara usaha berpasukan yang telah digembelingkan oleh Hamid ketika beliau memegang jawatan nombor satu di dalam pasukan Maritim Malaysia," katanya.

Sempena menghargai jasa Hamid sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, satu acara 'street lining' telah diadakan di pekarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, pada Khamis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28