Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan di Batu Pahat

Antara kenderaan yang dirempuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.
Antara kenderaan yang dirempuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.
A
A
A

BATU PAHAT - Hilang kawalan akibat masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat sini, kira-kira jam 10.40 pagi, Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta.

Video tular menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.
Video tular menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.

"Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

"Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Pemandu bas berusia 51 tahun sudah ditahan dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Batu Pahat esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan 11 kenderaan yang dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan 11 kenderaan yang dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat Batu Pahat pada pagi Khamis.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Hilang kawalan akibat masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, Batu Pahat, kira-kira jam 10.40 pagi, Khamis. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Bas

original sound - Sinar Harian