Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City

Kimmich meraikan jaringan bersama pemain Bayern lain. Foto Agensi
Kimmich meraikan jaringan bersama pemain Bayern lain. Foto Agensi
A
A
A

JUARA enam kali, Bayern Munich mengubati kekecewaan saingan domestik apabila mengesahkan slot separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan cabaran Arsenal, 3-2 di Stadium Allianz Arena.

Anak buah Thomas Tuchel yang terlepas kejuaraan liga kepada Bayer Leverkusen minggu ini, mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta dalam aksi suku akhir kedua.

Sebagai rekod, The Bavarians, mengharungi musim domestik yang lebih teruk dalam tempoh lebih sedekad selepas gagal memenangi kedua-dua kejuaraan Bundesliga dan Piala Jerman.

Angkatan Tuchel meledak jaringan hasil tandukan Joshua Kimmich yang menyempurnakan sentuhan Raphael Guerreiro pada minit ke-63 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 timbal balik suku akhir pertama di Stadium Emirates sebelum ini.

Real mara selepas menjinakkan penyandang juara Manchester City, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti
Real mara selepas menjinakkan penyandang juara Manchester City, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti

Arsenal yang ketinggalan satu gol berusaha bangkit selepas itu, namun barisan pemain Arteta berdepan kesulitan memecahkan pertahanan berdispilin Bayern diketuai Matthijs de Ligt.

Kemenangan itu membolehkan Bayern Munich berdepan juara 14 Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pada 30 April depan.

Real mara selepas menjinakkan penyandang juara Manchester City, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas jaringan Rodrygo Silva de Goes (minit ke-12) dipadamkan Kevin De Bruyne (minit ke-76), terikat agregat 4-4 setelah seri 3-3 aksi sepenuh masa di Stadium Emirates sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!