Ular sesat dalam kereta api

Penumpang menunggu dengan sabar di platform selepas perkhidmatan Kodama atau 'shinkansen' dihentikan sementara. Foto AFP
Penumpang menunggu dengan sabar di platform selepas perkhidmatan Kodama atau 'shinkansen' dihentikan sementara. Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Insiden kelewatan perkhidmatan kereta api laju, Kodama di Jepun adalah perkara yang jarang berlaku.

Bagaimanapun, kejadian itu dilaporkan pada Selasa, gara-gara ular berukuran sepanjang 40 sentimeter ditemui ketika perkhidmatan kereta api antara Nagoya dan Tokyo beroperasi.

Jurucakap Central Japan Railway Company memberitahu tidak jelas sama ada reptilia itu adalah berbisa atau tidak dan bagaimana ia boleh 'tersesat' di dalam kereta api 'shinkansen' tersebut.

"Penumpang juga kekal tenang dan memberi kerjasama walaupun terpaksa menunggu selama 17 minit," ujarnya.

Difahamkan, pengguna Shinkansen dibenarkan untuk membawa haiwan kecil seperti anjing, kucing dan merpati kecuali ular.

"Sukar untuk bayangkan bagaimana ular liar boleh memanjat pada gerabak.

"Kami ada peraturan tentang perkara itu, namun tidak sampai memeriksa beg penumpang," katanya lagi.

Kereta api pada asalnya dijadualkan menuju ke Osaka, namun syarikat berkenaan memutuskan untuk menggunakan kereta api lain ke destinasi tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!