NYT arah wartawan elak guna istilah 'genosid', 'pembersihan etnik'

Akhbar tersebut sanggup menyunting tajuk berita beberapa kali kerana tidak mahu memburukkan Israel. Foto Agensi
Akhbar tersebut sanggup menyunting tajuk berita beberapa kali kerana tidak mahu memburukkan Israel. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Siasatan dalam talian penerbitan Amerika membongkar New York Times (NYT) telah mengarahkan wartawan mereka yang membuat liputan Perang Gaza supaya tidak menggunakan istilah 'genosid' dan 'pembersihan etnik' serta mengelakkan frasa 'wilayah diduduki' untuk tanah Palestin.

Pendedahan itu dibuat The Intercept berdasarkan salinan memo dalaman NYT yang turut menyuruh wartawan mereka supaya mengelakkan penggunaan frasa 'Palestin' kecuali jika keadaan terdesak.

Memo yang ditulis editor standard, Susan Wessling, editor antarabangsa, Philip Pan dan timbalan mereka juga tidak membenarkan istilah kem pelarian digunakan untuk menggambarkan tempat tinggal penduduk Palestin yang diusir ketika Perang Arab-Israel lebih lima dekad lalu.

“Memo itu turut memberikan garis panduan tentang beberapa frasa dan isu tentang Perang Gaza yang bermula lebih tujuh bulan lalu,” jelas laporan siasatan itu lagi.

Menurutnya, beberapa staf NYT mendakwa memo itu membuktikan akhbar berkenaan sememangnya pro-Israel.

Difahamkan, notis itu pertama kali diedarkan kepada wartawan akhbar itu pada November lalu. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: